Segala yg benar datangnya dari Allah & yg salah dari diri yg khilaf ini

 

HOME  |  APAAJAH  |  HEIEHE  |  MY FRIENDSTER

[ Yahoo! ]
.: Thanks to :.

Terima kasih telah datang berkunjung. Jangan lupa untuk mengisi tagboard yang telah disediakan pada situs ini, dan andapun bisa mengunjungi friendster saya.

Jika ada pertanyaan yang bersifat teknis, silhkan lampirkan ke email saya di the_arsj@yahoo.com

.: Quotes :.

Bekerja sesuai tuntunan dan perintah yang telah ditentukan adalah hal yang biasa yang diharapkan oleh seorang pemimpin, tetapi bekerja tanpa tuntunan dan perintah dari seorang pemimpin atas apa yang tidak diharapkan sebelumnya tetapi membuat pemimpin anda senang, bahagia serta terpuaskan ketahuilah mungkin ada saatnya anda akan mendapatkan apa yang anda sebelumnya tidak harapkan, padahal nantinya anda akan mengetahui itulah sesuatu yang anda butuhkan dan harapkan tanpa terpikirkan sebelumnya Itulah anugerah, balasan atas suatu keikhlasan yang anda berikan.

.: Banner :.

Solidaritas untuk anak Indonesia

BlogFam Community

KampungBlog.com - Kumpulan Blog-Blog Indonesia

Free Shoutbox Technology Pioneer

.: Banner :.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
.: Shout Box :.

Kamis, 20 September 2007
Doa hari berpuasa
Copy dari emen di FS, semoga bermanfaa :

Hari Pertama "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai
Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku
dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di
kalangan orang yang sentiasa memohon
keampunan. Jadikanlah
aku hamba Mu yang saleh serta
jadikanlah aku di
kalangan auliya (orang yang mendapat
keutamaan Mu) yang
hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu,
wahai Tuhan
yang Maha pengasih daripada segala
pengasih.

Hari KeenamYa Allah, janganlah aku
dihina kerana perbuatan maksiat ku
kepada Mu dan janganlah
menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan
aku daripada sesuatu
yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu,
dengan
anugerah dan bantuan Mu, wahai
kemuncak keinginan orang yang
berkeinginan.

Hari Ketujuh
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan
puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah
aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah
aku zikir untuk mengingati Mu secara
berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu
wahai pemberi petunjuk kepada orang
yang sesat.

Hari KelapanYa Allah, berilah aku
rezeki berupa kasih sayang kepada
anak-anak yatim, pemberi makanan,
penyebar salam dan bergaul dengan
mulia,
dengan kemuliaan Mu tempat berlindung
orang yang berharap.

Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian
daripada keluasan rahmat Mu. Berilah
aku
petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu.
Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang
penuh dengan kecintaan Mu, wahai
harapan
orang yang merindu.

Hari Kesepuluh Ya Allah, jadikan aku di
antara orang bertawakal kepada Mu dan
jadikan aku di kalangan orang yang
menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan
aku
di kalangan orang yang dekat di sisi
Mu.
Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang
yang memohon.

Hari KesebelasYa Allah, tanamkan dalam
diri ku kecintaan melakukan kebaikan
dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat
serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api
neraka, dengan pertolongan Mu wahai
Tuhan yang menolong orang memerlukan
pertolongan.

Hari Kedua BelasYa Allah, hiasilah diri
ku dengan penutup dan kesucian.
Tutuplah
diri ku dengan pakaian kesederhanaan
dan
kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri
ku
daripada setiap perkara yang aku takut,
dengan penjagaan Mu, wahai penjaga
orang
yang takut.

Hari Ketiga BelasYa Allah, bersihkan
diri ku daripada kekotoran dan
kehinaan.
Berilah kesabaran kepada ku untuk
menerima segala ketentuan. Berilah
kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan
bergaul dengan orang baik, dengan
bantuan Mu wahai pengharap orang yang
miskin.

Hari Keempat BelasYa Allah, jangan aku
dihukum disebabkan kekeliruan yang ku
lakukan. Ampunkan aku daripada
kesalahan
dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka,
dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum
Muslimin.

Hari Kelima BelasYa Allah limpahkan
rezeki kepada ku berupa ketaatan orang
yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan
taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang
takut.

Hari Keenam BelasYa Allah, berilah
kemampuan kepada ku untuk menjalani
kehidupan seperti mana kehidupan orang
baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang
yang melakukan kejahatan. Lindungilah
aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan
sekalian alam.

Hari Ketujuh BelasYa Allah, tunjukkan
bagi ku amal kebajikan dan penuhilah
hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan
yang Maha Mengetahui segala keperluan
tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang
Maha Mengetahui segala yang ada dalam
hati sekalian makhluk. Selawat dan
salam
ke atas Nabi Muhammad dan keluarga
baginda yang suci.

Hari Kelapan BelasYa Allah, sedarkan
aku untuk mencari keberkatan. Terangkan
hati ku secerah cahaya dan bimbinglah
aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu
wahai
penerang hati orang yang bijak.

Hari Kesembilan BelasYa Allah, penuhkan
bahagian ku dengan keberkatan dan
mudahkan bagi ku menuju ke arah
kebaikan. Jangan kau jauhkan aku
daripada ketenteraman kebaikan, wahai
pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh Ya Allah, bukakan bagi
ku pintu-pintu syurga dan tutupkan
bagiku pintu-pintu neraka. Berilah
kemampuan kepada ku untuk membaca
ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi
ketenangan dalam hati orang beriman.

Hari Kedua Puluh SatuYa Allah, berilah
aku petunjuk untuk mendapat keredaan
Mu.
Janganlah engkau biarkan syaitan
menguasai diri ku. Jadikan syurga
tempat
tinggal dan berehat bagi ku, wahai
pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh DuaYa Allah, bukakan
bagi ku pintu kelebihan dan turunkan
bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada
ku
untuk melakukan sesuatu yang
mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan
aku dalam syurga Mu yang luas, wahai
penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh TigaYa Allah bersihkan
aku daripada segala dosa dan jauhkan
diri ku daripada keaiban serta tanamkan
ketakwaan dalam hati ku, wahai
pengampun
kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh EmpatYa Allah, aku
bermohon kepada Mu perkara yang
mendatangkan keredaan Mu. Aku
berlindung
dengan Mu daripada perkara yang
mendatangkan kemarahan Mu dan aku
bermohon kepada Mu kemampuan untuk
mentaati Mu serta menghindari
kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi
kepada yang meminta.

Hari Kedua Puluh LimaYa Allah, jadikan
aku orang yang menyintai auliya Mu dan
memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut
sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para
Nabi.

Hari Kedua Puluh EnamYa Allah, jadikan
usaha ku sebagai usaha yang sentiasa
disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa
yang diampuni, kebaikan ku sebagai
kebaikan yang diterima dan keaiban ku
sebagai keaiban yang ditutupi, wahai
Tuhan Maha Mendengar daripada semua
pendengar.

Hari Kedua Puluh TujuhYa Allah, berilah
rezeki berbentuk ganjaran Lailatul
Qadar
kepada ku, ubahkan perkara sulit
menjadi
mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai
Tuhan Maha Penyayang kepada hamba
soleh.

Hari Kedua Puluh LapanYa Allah,
penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah
dan muliakan aku dengan diterimanya
semua permintaan, wahai Tuhan yang
tidak
disibukkan oleh permintaan orang
meminta.

Hari Kedua Puluh SembilanYa Allah,
hiasilah aku dengan rahmat Mu dan
berikanlah aku petunjuk serta penjagaan
Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah,
wahai pengasih kepada hamba yang
beriman.

Hari Ketiga PuluhYa Allah, jadikan
puasa ku disertai dengan rasa syukur
dan
diterima oleh Mu melalui jalan keredaan
Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya
yang kukuh dan kekuatan keberkatan,
demi
kenabian Muhamad saw dan keluarga
baginda yang suci dan segala puji bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
posted by aR|a @ 6:35 PM  
0 Comments:
Posting Komentar
<< Home
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
.: About Me :.

Name: aR|a
Home:
About Me:
See my complete profile
.: Previous Post :.
.: Archives :.
.: Blog Stuff :.
.: Template by :.

Free Blogger Templates

BLOGGER

   

Anda adalah pengunjung ke web metricsTerima kasih...

.: Al Islam :.